Sunday 27 November 2011

Bilik Snoezelen



















Peralatan dalam bilik Snoezelen : Pemain muzik, lampu, kamera video,  untaian gentian optik bersalut vinil
12 wangian aromaterapi yang menenangkan  pelatih apabila berada di dalam bilik Snoezelen
      Peppermint, lavender, geranium, rosemary,  tea tree, ylang ylang, sweet oren, grapefruit,    bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood, 

Bilik Snoezelen
Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah gabungan 2 perkataan  Ducth: “Snuffelen(Mencari kesenian dan menjelajah)” dan “Doezelan (Menenangkan)”
Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :-

1. Kepada Pelajar

a) Lebih tenang dan merehatkan
b) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberi
c) Meningkatkan tumpuan
d) Mengurangkan masalah tingkahlaku
e) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensori
f) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab
g) Mampu membuat pilihan sendiri

2. Kepada Guru
a) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajar
b) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajar
c) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajar
d) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur


PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN

1. BILIK
a) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah digunakan
b) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakan
c) Digunakan bagi tujuan latihan atau  aktiviti sahaja
d) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit  bagi setiap pelajar
e) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

2. GURU
a) Hanya guru yang terlatih sahaja dibenarkan menjalankan latihan
b) Memastikan pelajar membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu
c) Mengenalpasti peralatan yang digemari dan tidak digemari oleh pelajar sebelum
    latihan   dimulakan
d) Setiap aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan oleh guru selepas tamat latihan
e) Pelajar perlu ditemani oleh guru, ibu bapa atau penjaga




Menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik snoezelen, kanak-kanak istimewa yang menjalani latihan di PDK dapat menikmati program terapi yang lebih efisien dan selesa. Bilik snoezelen dilengkapi beberapa perkakas khusus untuk kanak-kanak istimewa daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Autisme dan Dyslexia.

Pelatih akan  menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi mental dan fizikal melalui  rawatan Multi Sensory Therapy yang memberi penekanan kepada sistem motor halus dan motor keras dalam anggota badan golongan istimewa terbabit. Pelatih akan menggunakan peralatan secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan dijalankan secara berperingkat. Antara peralatan tersebut ialah bola, lampu serta objek khas yang boleh digunakan bagi merangsang mental dan fizikal secara berkesan dan dijamin selamat.

            Menerusi ransangan empat deria utama termasuk deria lihat, bau, sentuh dan dengar, penggunaan bilik snoezelen yang kerap boleh membantu perkemabangan minda dan fizikal pelatih - pelatih di PDK ini dengan memberi ketenangan, memperbaiki kadar tumpuan dan membantu mengurangkan hiperaktif, selain meningkatkan minat belajar mereka. Bilik snoezelen juga boleh dijadikan alat pengajaran tambahan guru dan pakar terapi untuk meningkatkan keupayaan deria kanak -  kanak dan pelatih.

            Untaian gentian optic bersalut vinil yang boleh berubah warna  boleh melegakan otot tegang  pelatih  ‘cerebral palsy’, dinding dinding yang diterangi lampu berwarna - warni dengan paparan gambar bergerak, bau - bauan yang lembut serta aluan muzik yang menenangkan dapat dirasai dalam bilik snoezelen.

Bilik  Snoezelen di PDK Putrajaya  merupakan sumbangan ikhlas daripada :
Procter & Gamble ( M) Sdn Bhd



Friday 25 November 2011

Pemulihan dalam komuniti (PDK)

Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkan untuk diperluaskan perkhidmatannya yang menyeluruh mengikut keperluan OKU. program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepada perkhidmatan pemulihan di institusi. satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.

Program ini bukan sahaja "cost-effective" tetapi juga dapat memberi liputan yang lebih meluas kepada lebih ramai orang kurang upaya. di samping itu, ianya juga dapat mengeratkan hubungan keluarga dimana OKU tidak perlu dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan. selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Terdapat 9 buah PDK di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang memberi manfaat kepada OKU.

BILPDKNAMA PENYELIAALAMAT
1PDK PETALINGAZMAH BINTI NORDINPDK PETALING
NO29 JALAN2/151A
TAMAN SURIA BT 6 ½ JLN PUCHONG
KUALA LUMPUR
TEL:03-77836358
2PDK SAN PENGMALIA BINTI LONGPDK SAN PENG
NO 22-B KOMPLEKS SERI SELALNGOR TKT 2 JLN SAN PENG
55200 KUALA LUMPUR
TEL:03-992210630
3PDK KIUAZLIANA BINTI ALIPDK KIU
NO 7 JALAN WIRAWARI 8 TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
TEL:03-92815011
4PDK LEMBAH PANTAISHARIFAH UMAIMAH BINTI ABDULLAHPDK LEMBAH PANTAI
NO 31 & 32 JALAN PANTAI PERMAI 3
LEMBAH PANTAI 59200 KUALA LUMPUR
TEL: 03-22409236
5PDK AL MAWADDAHNORIZAN BINTI ABDULLAHPDK AL MAWADDAH
KEM MARKAS MEDAN TENTERA DARAT
KEM SG BESI
57000 KUALA LUMPUR
TEL:03-90867200
6PDK 4 DIVISYENSYARIFAH ANUM BINTI SYED ABD HADIPDK KEM WARDIEBURN 4
DIVISION KEM WARDIEBURN 53300 KUALA LUMPUR
TEL: 03-90867200
7PDK TITIWANGSANO’RAINI BINTI MOHAMMEDPDK TITIWANGSA
NO 157 JALAN PERTIWI
TAMAN MALURI
55100 KUALA LUMPUR
8PDK PERMATAHERESURIATI BINTI KAMARUDDINPDK PERMATA MAB
KOMPLEKS MAB JLN TEBING OFF JALAN TUN SAMBANTHAN 50470 KUALA LUMPUR
TEL:03-22722672
TEL:22722677
TEL:22722679
FAX:03-22722676
9PDK PUTRAJAYASYAKIRAH BINTI AHMAD HAZRIPDK PUTRAJAYA
BLOK E,NO 2, JALAN P 14,
PRESINT 14,62050,PUTRAJAYA.
TEL : 03-88903717
FAX : 03-88903717