Sunday 27 November 2011

Bilik Snoezelen



















Peralatan dalam bilik Snoezelen : Pemain muzik, lampu, kamera video,  untaian gentian optik bersalut vinil
12 wangian aromaterapi yang menenangkan  pelatih apabila berada di dalam bilik Snoezelen
      Peppermint, lavender, geranium, rosemary,  tea tree, ylang ylang, sweet oren, grapefruit,    bergamot, eucalyptus, may chang, ho wood, 

Bilik Snoezelen
Bilik Snoezelen adalah sebuah bilik yang unik dan dipenuhi stimulasi yang dicipta khusus untuk menenangkan, merehatkan, merangsang, mendatangkan minat dan penguasaan kepada semua kanak - kanak mahupun dewasa yang mempunyai keperluan khas. Snoezelen adalah gabungan 2 perkataan  Ducth: “Snuffelen(Mencari kesenian dan menjelajah)” dan “Doezelan (Menenangkan)”
Bilik Snoezelen dapat memberikan pelbagai faedah antaranya :-

1. Kepada Pelajar

a) Lebih tenang dan merehatkan
b) Lebih fokus dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang diberi
c) Meningkatkan tumpuan
d) Mengurangkan masalah tingkahlaku
e) Meningkatkan kemahiran komunikasi, pergerakan, kognitif dan sensori
f) Menjalinkan hubungan yang lebih akrab
g) Mampu membuat pilihan sendiri

2. Kepada Guru
a) Mengenalpasti kelebihan dan kelemahan pelajar - pelajar
b) Dapat mengenal pasti dengan lebih jelas reaksi dan tindak balas pelajar
c) Memudahkan perancangan pelan pembelajaran pelajar
d) Dapat menguruskan pelajar dengan lebih sistematik dan teratur


PERATURAN KETIKA BERADA DI DALAM BILIK SNOEZELEN

1. BILIK
a) Bilik hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan sesudah digunakan
b) Semua peralatan mestilah diperiksa sebelum dan sesudah digunakan
c) Digunakan bagi tujuan latihan atau  aktiviti sahaja
d) Setiap sesi terapi tidak boleh melebihi 30 minit  bagi setiap pelajar
e) Dilarang membuat bising, makan, minum dan tidur dalam bilik ini.

2. GURU
a) Hanya guru yang terlatih sahaja dibenarkan menjalankan latihan
b) Memastikan pelajar membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu
c) Mengenalpasti peralatan yang digemari dan tidak digemari oleh pelajar sebelum
    latihan   dimulakan
d) Setiap aktiviti yang dilakukan perlu direkodkan oleh guru selepas tamat latihan
e) Pelajar perlu ditemani oleh guru, ibu bapa atau penjaga




Menerusi peralatan pemulihan yang terdapat di bilik snoezelen, kanak-kanak istimewa yang menjalani latihan di PDK dapat menikmati program terapi yang lebih efisien dan selesa. Bilik snoezelen dilengkapi beberapa perkakas khusus untuk kanak-kanak istimewa daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Autisme dan Dyslexia.

Pelatih akan  menjalani dua jenis terapi dalam satu masa iaitu terapi mental dan fizikal melalui  rawatan Multi Sensory Therapy yang memberi penekanan kepada sistem motor halus dan motor keras dalam anggota badan golongan istimewa terbabit. Pelatih akan menggunakan peralatan secara berkala dan berjadual bagi membolehkan proses pemulihan dijalankan secara berperingkat. Antara peralatan tersebut ialah bola, lampu serta objek khas yang boleh digunakan bagi merangsang mental dan fizikal secara berkesan dan dijamin selamat.

            Menerusi ransangan empat deria utama termasuk deria lihat, bau, sentuh dan dengar, penggunaan bilik snoezelen yang kerap boleh membantu perkemabangan minda dan fizikal pelatih - pelatih di PDK ini dengan memberi ketenangan, memperbaiki kadar tumpuan dan membantu mengurangkan hiperaktif, selain meningkatkan minat belajar mereka. Bilik snoezelen juga boleh dijadikan alat pengajaran tambahan guru dan pakar terapi untuk meningkatkan keupayaan deria kanak -  kanak dan pelatih.

            Untaian gentian optic bersalut vinil yang boleh berubah warna  boleh melegakan otot tegang  pelatih  ‘cerebral palsy’, dinding dinding yang diterangi lampu berwarna - warni dengan paparan gambar bergerak, bau - bauan yang lembut serta aluan muzik yang menenangkan dapat dirasai dalam bilik snoezelen.

Bilik  Snoezelen di PDK Putrajaya  merupakan sumbangan ikhlas daripada :
Procter & Gamble ( M) Sdn Bhd



1 comment: